suria

Rogol: Bekas Jaguh Tenis, Bob Hewitt Dihukum Selepas Lebih 30 Tahun

Bob Hewitt ketika menghadiri perbicaraan atas tuduhan merogol tiga wanita yang juga bekas pelatihnya.

JOHANNESBURG: Selepas lebih 30 tahun, bekas juara Grand Slam, Bob Hewitt didapati bersalah atas dakwaan merogol dan mencederakan remaja perempuan yang dibimbingnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika sesi latihan pada awal 1980-an.

Hewitt, 75, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merogol dan satu dakwaan melakukan serangan yang difailkan oleh tiga wanita pada 2013.

Hakim Mahkamah Tinggi Gauteng, Bert Bam berkata, bukti yang mensabitkan bintang tenis dari Australia itu adalah "kukuh dan sangat besar".

Ketika prosiding perbicaraan, mangsa berkata, Hewitt menyerang mereka ketika latihan tenis persendirian ketika pelatihnya itu masih remaja.

"Masa tidak akan memadamkan jenayah. Seseorang yang bersalah tidak sepatutnya dibiarkan terlepas hukuman. Tuntutan keadilan mengatasi segala-galanya," kata Bam.

Seorang wanita membuat pengakuan bahawa Hewitt pernah memberitahunya "rogol adalah menyeronokkan" ketika bekas bintang tenis itu melakukan serangan ke atas dirinya.

Seorang lagi mangsa berkata, Hewitt merogolnya di dalam kereta sebelum latihan tenis pada 1982, ketika mangsa berusia 12 tahun.

Selain itu, seorang lagi mangsa memberitahu mahkamah, bekas bintang itu menyentuhnya dengan cara yang tidak senonoh 34 tahun lalu dan memaksanya melakukan hubungan seks ketika mangsa berusia 12 dan 13 tahun. - AFP


Bob Hewitt, Grand Slam, rogol, Bert Bam

Artikel Berikut

Artikel Lain