suria

Wanita Tawar £350 Untuk Dapatkan Zuriat

SEORANG wanita warga Romania menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklankan tawaran kepada mana-mana lelaki yang dapat membantunya untuk mendapatkan zuriat.

Adelina Albu, 25, menolak untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki kerana menyifatkan dirinya sebagai seorang yang berdikari.

Beliau juga menyifatkan lelaki sebagai seorang yang tidak matang dan berpendapat menjalinkan hubungan dengan lelaki adalah perkara yang membazir masa.

Menggunakan iklan yang dikongsi di laman sosial tersebut, Adelina menjelaskan, tiada masalah untuk mendekati kaum lelaki, tetapi sukar untuk menemui lelaki yang mahukan anak.

"Saya tidak mahu membuang masa dengan menjalinkan hubungan yang sia-sia, oleh itu saya akan membayar mana-mana lelaki untuk mendapatkan zuriat," katanya.

Adelina berkata, lelaki yang sanggup menerima tawaran tersebut perlu menjalani ujian kesuburan dan menyerahkan semua hak penjagaan kepadanya.

"Kebanyakkan lelaki berfikiran kurang matang dan mereka hanya mementingkan diri sendiri. Saya pula wanita yang matang, berdikari, dan mahukan bayi, bukan lelaki yang berperangai seperti bayi," katanya.

Adelina mendapat maklumbalas memberangsangkan daripada ramai lelaki yang sanggup menerima tawaran tersebut sehingga ada yang sanggup melakukannya secara percuma.

Beliau juga berkata, setakat ini dia tidak berminat dengan lelaki yang mahu menerima tawaran tersebut kerana merasakan mereka tidak mengambil serius mengenai tawaran itu.



Romania, Adelina Albu, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Lain