suria

Penumpang Pesawat EasyJet Ke Iceland Antara Bertuah Saksi Gerhana Matahari

Pandangan gerhana matahari dari pesawat EasyJet EZY1805 semasa melalui Laut Norway dalam penerbangannya dari Manchester ke Reykjavik pada Jumaat.

SEKUMPULAN penumpang yang menaiki sebuah pesawat dari Manchester, United Kingdom ke Iceland pada Jumaat bertuah kerana mereka di antara yang berpeluang mendapat 'pandangan terbaik' bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari. 

Portal berita Mail Online melaporkan mereka tidak perlu risau awan akan menghalang pandangan itu kerana pesawat yang dinaiki mereka berlegar di ruang udara antara Laut Norway dan Laut Atlantik, di lokasi fenomena gerhana matahari yang dapat dilihat buat pertama kali pada abad ini.

Sementara itu, berjuta-juta yang lain turut mencuba nasib untuk melihat kejadian itu di darat namun ramai yang hampa kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan langit yang gelap dan pandangan tidak jelas.

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di antara Bumi dan Matahari yang dilihat oleh kebanyakan orang yang turut dirakamkan gambar sebagai kenangan termasuk salah satunya diambil dari tempat duduk pesawat EasyJet EZY 1805 dari Manchester ke Reykjavik, Iceland.

Laman web pengesan penerbangan, Flight24 menunjukkan penerbangan EZY 6747 membuat pusingan beberapa kali di ruang udara Laut Norway bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari.

Malah sebuah lagi pesawat EasyJet iaitu EZY 6747 dari Belfast, utara Ireland ke Reykjavik menunjukkan juruterbangnya melakukan pusingan beberapa kali semasa menghampiri Kepulauan Faroe di Laut Norway bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari.

Bagi mereka yang terlepas peluang keemasan ini, mereka masih mempunyai peluang seterusnya untuk menyaksikannya tetapi perlu menunggu beberapa tahun lagi kerana kejadian gerhana matahari berikutnya pada 2026. - dailymail.co.uk


EasyJet, gerhana matahari

Artikel Sebelum

Artikel Lain