suria

Tujuh Tan Ikan Keli Bersepah Di Jalan Raya

Anggota bomba dan orang ramai mengutip ikan keli yang memenuhi jalan raya di Kaili bagi melancarkan trafik di laluan berkenaan.

GUIZHOU (China): Pintu bekalang sebuah lori yang sarat muatan ikan keli tiba-tiba terbuka menyebabkan hampir tujuh tan ikan berkenaan bertaburan di jalan raya di Kaili dekat sini.

Ribuan ikan itu melimpah di atas jalan raya berkenaan menyebabkan laluan itu menjadi licin dan dipenuhi ikan keli.

Bagi melancarkan trafik, pihak bomba dengan kerjasama orang ramai terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam bagi memungut semula ikan-ikan seberat lebih 6,800 kilogram itu.

Menurut akbar People’s Daily Online, ikan-ikan tersebut dikumpulkan menggunakan baldi sebelum dimasukkan semula ke dalam lori berkenaan.

“Jalan raya yang licin kembali normal selepas berjaya dibersihkan menggunakan hos bomba,” menurut akhbar berkenaan.
keli, Kaili, Guizhou

Artikel Lain