suria

Jurutera Dipenjara 30 Tahun Cabul Kanak-Kanak Lelaki

SINGAPURA: Seorang jurutera Malaysia dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan mencabul kanak-kanak lelaki.

Yap Weng Wah, 31, mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun.

Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

Yap mula berkawan dengan mangsa-mangsanya Facebook menggunakan identiti yang berbeza.

Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk kanak-kanak lelaki berkenaan untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam.

Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.

Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.

Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.

Yap bekerja di Singapura sejak 2009.

Yap Weng Wah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain