suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Meletup Berhampiran Balai Polis, 6 Cedera

PATTANI: Dalam siri letupan bom di selatan Thailand,  enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di sini pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.

Beliau berkata bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.

Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota  mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.

Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen keretapi Daerah Rusak, Narathiwat.

Balai Polis, Siam

Artikel Lain