suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Korban Bangunan Runtuh Di Bangladesh Meningkat Kepada 700 Orang

DHAKA: Jumlah kematian akibat tragedi bangunan kilang tekstil yang runtuh di pinggir bandar ini telah meningkat kepada 705 orang - sekaligus menjadikannya sebagai malapetaka kemalangan yang paling buruk dalam sejarah negara itu.

Bangunan lapan tingkat yang dibina secara haram itu menempatkan berpuluh syarikat tekstil yang merupakan industri paling penting dan lumayan di Bangladesh buat masa ini.

Sejak bangunan itu runtuh dua minggu lalu, pihak berkuasa masih meneruskan operasi mengeluarkan mayat dan telah berjaya membawa keluar 2,437 mangsa yang terselamat.

Pemilik dan juga jurutera yang bertanggungjawab membina bangunan itu telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.

Artikel Sebelum

Artikel Lain