suria

Syria Mampu Hadapi Serangan Israel - Assad

DAMSYIK: Presiden Bashar Assad berkata, Syria mampu menghadapi serangan dari Israel dan mengancam akan bertindak balas terhadap serangan berhampiran ibu negaranya itu.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi yang melakukan lawatan mengejut ke Damsyik pada Rabu.

Ia adalah kenyataan pertama Assad sebagai respons terhadap serangan udara Israel ke atas wilayah negara itu, minggu lalu.

Iran adalah sekutu kuat Syria dan juga pejuang Lubnan, Hizbullah dengan kedua-dua pemimpin semakin bersatu dalam perang saudara di Syria.

Iran dilihat menyokong tentera rejim Assad dengan membekalkan kelengkapan ketenteraan, khidmat nasihat dan senjata.

Syria dan Hezbollah memainkan peranan penting dalam perluasan pengaruh Iran di kalangan dunia Arab dan kejatuhan rejim Assad akan memberi tamparan hebat kepada Tehran. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain