suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Sederhana Gegar Kepulauan Batan

MANILA: Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter, menggegar Kepulauan Batan, utara Filipina pagi Khamis, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran tersebut berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 4.2 kilometer.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menyatakan, gegaran yang berlaku kira-kira 29 kilometer di timur Itbayat itu, turut dirasai di kawasan-kasawan pedalaman yang kurang penduduk.

Dua gegaran susulan turut direkodkan, namun tiada laporan kerosakan dibuat.

Artikel Lain