suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Askar Maut Dalam Serangan Di Selatan Thai

Pasukan keselamatan Thai memeriksa sebuah kereta perisai yang rosak teruk akibat satu serangan bom.
Pasukan keselamatan Thai memeriksa sebuah kereta perisai yang rosak teruk akibat satu serangan bom.
Pasukan keselamatan Thai memeriksa sebuah kereta perisai yang rosak teruk akibat satu serangan bom.

PATTANI (Thailand): Dua askar maut manakala enam lagi anggota keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom dan berbalas tembakan di selatan Thailand, kata polis pada Khamis.

Bangunan kerajaan dan kedai runcit antara kawasan yang menjadi sasaran pemberontak dalam 32 serangan di lapan daerah sekitar Pattani, petang Rabu.

Polis berkata, beberapa mangsa cedera akibat satu serangan hendap dengan sebuah bom kereta diletupkan sebagai tindak balas kepada pasukan keselamatan yang berbalas tembakan.

Lebih 5,500 penduduk terbunuh di beberapa wilayah di selatan Thailand di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Thailand mengadakan rundingan damai dengan kumpulan pemisah pada hujung bulan lalu ekoran insiden pemberontakan dan keganasan yang semakin meningkat di selatan di negara ini.

Artikel Lain