suria

Rakyat Itali Mula Mengundi

ROME: Rakyat Itali mula mengundi pada Ahad dalam satu pilihan raya yang paling dinanti-nanti sejak tahun kebelakangan ini, dengan debaran pasaran sama ada ia akan menghasilkan sebuah kerajaan yang kuat untuk membawa Itali keluar daripada kemelesetan dan membantu menyelesaikan krisis hutang zon euro.

Satu perhimpunan akhir besar-besaran oleh pelawak yang beralih arah menjadi ahli politik Beppe Grillo pada Jumaat sebelum larangan berkempen dibuat dan telah menimbulkan kemarahan awam terhadap parti-parti tradisional menambahkan ketidakpastian tentang keputusan pilihan raya.

Pengundi mula membuang undi mereka pada pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Daerah mengundi akan kekal dibuka sehingga pukul 9 malam pada hari Ahad dan antara pukul 6 pagi hingga 2 petang pada hari Isnin.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada awal Selasa.

Artikel Lain