suria

16 Maut Lori Rempuh Kenderaan, Rumah Di Jawa Barat

JAKARTA: Seramai 16 orang maut apabila sebuah lori yang hilang kawalan merempuh beberapa buah kenderaan dan sejumlah orang ramai di tepi jalan sebelum menghentam sebuah rumah penduduk dalam satu kejadian di Cianjur, Jawa Barat, pagi Sabtu.

Lori membawa muatan minyak pelincir itu melanggar sebuah kenderaan awam pengangkutan bandar yang sarat dengan penumpang, beberapa buah motosikal, serta orang ramai yang sedang menuju tempat kerja di beberapa buah kilang di situ.

Kemalangan di Jalan Cianjur-Sukabumi, Jawa Barat itu berlaku pada pukul 6 pagi dan turut mengakibatkan 11 orang cedera, termasuk empat daripadanya parah, kata jurucakap polis Daerah Cianjur.

Menurut polis lori berkenaan sedang menghala ke Cianjur dari Sukabumi apabila tiba-tiba bergerak sangat laju dan hilang kawalan di kawasan Bangbayang, di daerah kecil Gekbrong.

Lori itu kemudian merempuh sebuah kenderaan awam pengangkutan bandar, lima penunggang motosikal dan orang ramai di tepi jalan sebelum berhenti apabila ia menghentam sebuah rumah penduduk di tepi jalan itu sehingga bangunan rumah itu hampir roboh.

Artikel Sebelum

Rakyat Itali Mula Mengundi

Artikel Berikut

Artikel Lain