suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gillard Angkat Sumpah Bersama Kabinet Baru

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengangkat sumpah bersama Kabinet baru pada Isnin selepas peletakan jawatan secara mengejut dua pegawai kanan kerajaan pada hujung minggu lalu.

Peguam Negara, Nicola Roxon dan Ketua Senat, Chris Evans memberikan alasan peribadi ketika memutuskan untuk menamatkan kerjaya politik mereka.

Sembilan menteri mengangkat sumpah, tiga daripadanya pertama kali dilantik pada majlis di sini menjelang sidang Parlimen buat kali pertama tahun ini, Selasa.

Gillard berkata, beliau tidak akan membuat sebarang rombakan dalam kabinet baru itu sebelum pilihan raya diadakan pada 14 September ini.

Artikel Lain