suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin No.2 Al-Qaeda Yaman Meninggal Dunia

SANAA: Pemimpin nombor dua al-Qaeda Yaman yang cedera akibat serangan tentera Amerika Syarikat (AS) di selatan negara itu tahun lalu, dilaporkan meninggal dunia.

Saeed al-Shihri, seorang warga Arab Saudi yang pernah berjuang di Afghanistan dan ditahan selama enam tahun di penjara AS di Teluk Guantanamo Bay, dilaporkan cedera terkena serangan roket di bandar selatan Saada pada 28 Oktober tahun lalu.

Menurut agensi berita SABA pada Jumaat, sejak itu al-Shihri berada dalam keadaan koma, namun masih tidak jelas tarikh beliau meninggal dunia.

Pegawai keselamatan Yaman pula berkata, roket berkenaan dilepaskan oleh pesawat kawalan jauh AS.

Yaman sebelum ini mengumumkan kematian al-Shihri pada 10 September tahun lalu selepas serangan di Wilayah Hadramawt.

Bagaimanapun keputusan DNA mengesahkan mayat yang ditemui itu bukannya al-Shihri.

Pada 22 Oktober lalu, al-Shihri menafikan kematiannya menerusi satu mesej suara yang dimuat naik dalam laman web al-Qaeda.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain