suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalang Serangan Bom Mumbai Dipenjara 35 Tahun

CHICAGO: Dalang serangan bom di Mumbai, India pada 2008, David Coleman Headley pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 35 tahun.

Headley, 52, yang menukar pengakuan bersalah bagi mengelak dikenakan hukuman mati, adalah perancang bagi kumpulan militan Pakistan dalam serangan berdarah di Mumbai.

Dia turut melakukan rancangan menyerang akhbar Denmark kerana menyiarkan kartun mengenai Nabi Muhammad.

“Saya berharap Headley akan terus berada di dalam penjara sehingga akhir hayatnya," kata Hakim Harry Leinenweber.

Beliau berkata adalah mudah untuk menjatuhkan hukuman penjara tetapi apa yang diputuskan pada Jumaat sememangnya wajar dihadapi Headley.

Serangan bom di Mumbai pada November 2008 itu mengorbankan 166 orang dan ratusan lagi cedera.

Ia menyebabkan Mumbai yang menjadi pusat kewangan India lumpuh hampir tiga hari akibat serangan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain