suria

6,000 Beri Penghormatan Terakhir Kepada Penyanyi Jenni Rivera

Para peminat menyaksikan majlis pengebumian mendiang penyanyi Jenni Rivera yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di utara Mexico, awal bulan ini.

LOS ANGELES: Lebih 6,000 peminat, rakan dan ahli keluarga memberi penghormatan terakhir pada Rabu kepada penyanyi keturunan Mexico, Jenni Rivera yang terkorban dalam nahas pesawat ringan awal bulan ini.

"Dalam tempoh yang singkat iaitu 11 tahun, dia cuba menjadi contoh terbaik kepada saya. Saya amat berbangga kerana memilikinya sebagai ibu," kata anak lelakinya, Johnny Lopez.

Dilahirkan di Long Beach, California, Rivera terkenal menerusi genre muzik banda dan norteno.

Albumnya berjaya dijual melebihi 15 juta unit di seluruh dunia dan penyanyi itu pernah memenangi beberapa anugerah Muzik Latin Billboard dan album terbarunya, Joyas Prestadas, mengungguli beberapa carta lagu Latin dan banda terbaik.

Video lagu berbahasa Sepanyol, Basta Ya" yang dihasilkan Rivera pada tahun lalu turut dilayari di laman Internet sebanyak lima juta kali.

Penyanyi berusia 43 tahun itu antara tujuh mangsa yang terkorban termasuk dua juruterbang dalam nahas pesawat ringan di utara Mexico, Nuevo Leon pada 9 Disember lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain