suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rolls-Royce Serah Enjin Aero Trent Keluaran Singapura Pertama Kepada Airbus

SINGAPURA: Rolls-Royce, syarikat sistem kuasa global telah menghantar enjin aero Trent 900 pertamanya yang dikeluarkan di Singapura kepada Airbus di Toulouse, Perancis.

Paul O'Neil, Pengarah Rolls-Royce Seletar Campus berkata, "Penghantaran enjin aero pertama Trent yang dikeluarkan di Singapura merupakan satu kejayaan besar untuk kami.

"Ia mewakili usaha kerjasama yang hebat dengan rakan-rakan di UK dalam menyokong pasukan kami memastikan enjin, dihasilkan pada standard tinggi dan diserahkan pada waktu yang tepat," kata beliau dalam satu kenyataan.

Enjin aero Trent 900 dimajukan untuk keluarga Airbus A380 dan dihasilkan dengan pembakaran bahan bakar paling rendah sepanjang hayat, selain daripada menyumbang kepada persekitaran yang bersih.

Trent 900 telah dipilih oleh 11 daripada 17 syarikat penerbangan yang mengendalikan pesawat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain