suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembebasan Libya Diumumkan Hari Ini

TRIPOLI: Pembebasan Libya akan diumumkan pada Sabtu di bandar Benghazi yang sering dirujuk sebagai tempat bermulanya revolusi yang menggulingkan Muammar Gaddafi dan bukannya di ibu negara Tripoli, lapor beberapa pegawai.

Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil akan membuat pengumuman itu, kata seorang pegawai NTC.

“Keputusan telah diambil dan akan diumumkan di Benghazi,” katanya.

Pilihan sama ada bandar Benghazi atau Tripoli sebagai lokasi bagi pengumuman itu menjadi perdebatan dan spekulasi sejak Gaddafi dibunuh Khamis lalu. – REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Biodata Muammar Gaddafi

Artikel Lain