suria

Penipuan Kad Bank Australia: Lima Lelaki Warga Malaysia Dan Sri Lanka Ditahan

SYDNEY: Lima lelaki dari Malaysia dan Sri Lanka pada Isnin dihadapkan ke mahkamah di sini atas dakwaan merupakan ahli sindiket penipuan antarabangsa yang terlibat dengan sistem kad bank di seluruh Australia.

Detektif dari skuad anti penipuan negeri New South Wales (NSW), Supritendan Col Dyson berkata, penangkapan dibuat di Sydney hasil penyiasatan terhadap lelaki terbabit menyelaras aktiviti-aktiviti kumpulan di Australia, Eropah dan Utara Amerika selama beberapa bulan.

"Polis NSW komited untuk menangani jenayah penipuan dan operasi hari ini berjaya melumpuhkan operasi haram sindiket antarabangsa inin," katanya.

Adalah difahamkan sindiket tersebut menggunakan teknologi canggih untuk menyalin maklumat daripada jalur magnetik pada kad kredit dan debit dengan menggunakan mesin mudah alih yang digunakan untuk memproses bayaran.

Lelaki terbabit didakwa atas kesalahan terlibat dalam konspirasi untuk menipu, merompak, terlibat dalam kumpulan jenayah dan memiliki peralatan untuk membuat dokumen pengenalan diri.

Semasa serbuan dilakukan, polis merampas beberapa barangan termasuk mesin-mesin untuk memproses bayaran bank, komputer riba, telefon bimbit, wang tunai, dokumen palsu perjalanan dan sejumlah kad kredit Kanada. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain