suria

Presiden Assad Beri Pengampunan Besar-Besaran Kepada Pemberontak

DAMASCUS: Presiden Bashar al-Assad pada Selasa mengumumkan bahawa kerajaannya akan memberi pengampunan secara besar-besaran kepada mereka yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaannya sejak empat bulan yang lalu.

"Presiden Assad telah mengeluarkan satu dekri menjamin pengampunan secara besar-besaran kepada mereka yang mencetuskan kekacauan sebelum ini," demikian kata agensi berita rasmi Syria, SANA.

Presiden Bashar sebelum ini telah pun memberi pengampunan pada 31 Mei lalu kepada semua tahanan politik negara itu termasuklah kepada angota-anggota Ikhwan Muslimin.

Dalam proses untuk mempamerkan sokongan dan kekuatan, para penyokong Bashar telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di tengah-tengah bandar ini pada Selasa dengan membawa pelbagai sepanduk yang memperlihatkan sokongan rakyat kepadanya.

Mereka berhimpun di Dataran Omeyyades sambil berteriak "Kami akan mengorbankan diri kami untuk mempertahankan mu wahai Bashar!"

Perhimpunan yang sama turut diadakan di beberapa bandar besar yang lain termasuklah di Homs, di Utara Damascus.

Sejak empat bulan yang lalu, kumpulan pro-demokrasi telah menganjurkan beberapa siri bantahan dan kekacauan yang meletus telah mendorong beribu-ribu warga Syria menyeberang ke Turki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

9 Maut Dalam Serangan NATO

Artikel Lain