suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usaha Komprehensif Diperlukan Untuk Jamin Keselamatan Maritim Serantau - Zahid Hamidi

SINGAPURA: Usaha-usaha komprehensif diperlukan untuk menjamin keselamatan maritim di Asia Tenggara dan di luar wilayah itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerjasama serantau bilateral dan multilateral, digabungkan dengan pembabitan oleh negara lain, telah meningkatkan keupayaan keselamatan maritim di rantau ini.

"Bagaimanapun, ketika negara-negara di Asia Tenggara begitu tekun dalam menyelesaikan pertikaian wilayah maritim mereka, masih terdapat sejumlah lokasi panas membabitkan keselamatan maritim di rantau ini, misalnya di Laut China Selatan," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak ke-10 Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) Asia - Dialog Shangri-La, di sini Ahad.

Beliau menarik perhatian bahawa terdapat sejumlah negara membuat tuntutan terhadap beberapa kawasan di Laut China Selatan, yang dikatakan kaya dengan sumber semula jadi.

Menggambarkan tuntutan bertindih itu sebagai satu isu yang kompleks, Ahmad Zahid berkata perbalahan berhubung perkara terbabit tidak seharusnya melewati dimensi diplomatik.

Katanya Asia Tenggara turut berdepan isu keselamatan bukan tradisional, misalnya pelanunan.

Beliau berkata kerjasama antara negara-negara merupakan kaedah untuk menangani kegiatan pelanunan, sambil menyebut kerjasama membabitkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand di Selat Melaka.

"Inisiatif Rondaan Selat Melaka telah membawa kepada penurunan kes pelanunan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain