suria

Juruterbang Air India Tamatkan Mogok, Operasi Disambung Semula

NEW DELHI: Lapan ratus juruterbang Air India menamatkan mogok 10 hari pada malam Jumaat selepas kerajaan bersetuju mengambil semula juruterbang yang diberhentikan dan meneliti masalah mereka.

Operasi antarabangsa dan domestik syarikat penerbangan nasional itu terhenti sejak beberapa hari lepas menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian pendapatan hampir RM15 juta berikutan tindakan itu.

Juruterbang kembali bertugas pada Jumaat selepas perbincangan berakhir dengan positif di Delhi, membolehkan hampir 90 peratus operasi yang terhenti itu kembali pulih.

"Kerajaan telah memberi jaminan kepada kami untuk meneliti permintaan kami termasuk aduan berhubung perkara yang menyimpang daripada kebiasaan oleh pengurusan syarikat.

"Tidak ada perasaan benci dan tidak timbul perasaan membalas dendam, kata Menteri Penerbangan Awam India Vayalar Ravi kepada media.

Ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang India selama beberapa hari selepas hampir 60 pesawat penerbangan tidak beroperasi manakala rundingan antara para pegawai dan kesatuan juruterbang menemui jalan buntu.

Sambil menyatakan sungutan seperti perbezaan gaji, elaun jam penerbangan, perkara yang menyimpang dari kebiasaan dan pengurusan tidak cekap syarikat, menyebabkan juruterbang memprotes dan menuntut agar kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan isu berbangkit. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain