suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Gegarkan Mexico

MEXICO CITY: Satu gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan kawasan selatan dan tengah Mexico pada Khamis, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke jalan raya.

Pusat gempa terletak berhampiran bandar Las Choapas, kira-kira 600 kilometer ke tenggara Mexico City.

Bangunan di bandar itu dilaporkan bergegar selama beberapa saat dan orang ramai lari ke jalan raya, sementara pelajar sekolah berkumpul di taman permainan.

Gabenor Javier Duarte de Ochoa bagaimanapun berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku berhampiran pusat gempa atau di bandar-bandar utama di negara ini. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain