suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk Tokyo Jimat Elektrik

TOKYO: Kebanyakan penghuni bandaraya Tokyo mengambil langkah menjimatkan penggunaan elektrik di pejabat mahu pun di rumah memandangkan loji nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami masih lagi diperbaiki.

Tinjauan Bernama ke beberapa kawasan perniagaan dan perumahan mendapati ada yang bergelap dan mematikan suis elektrik yang tidak digunakan.

Mereka berbuat demikian agar bekalan elektrik di kawasan mereka dapat dikongsi dan disalurkan kepada kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana di negara matahari terbit ini.

Sikap mereka ini bukanlah arahan yang dikeluarkan kerajaan namun lahir dari kesedaran mereka sendiri dalam usaha bangkit semula dari tragedi yang mengorbankan ribuan penduduk dan kerosakan harta benda di wilayah timur laut negara itu.

Difahamkan langkah penjimatan ini telah bermula sejak bencana gempa bumi dan tsunami melanda dua minggu lepas.

Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter, 11 Mac lalu yang turut mencetuskan tsunami sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada beberapa loji nuklear termasuk reaktor nuklear Fukushima Daiichi.

Setakat ini, hampir 10,000 orang terkorban dan 16,000 orang dilaporkan hilang akibat bencana tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain