suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AVA Gantung Import Buah-buahan Dan Sayuran Dari Jepun

SINGAPURA: Lembaga Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan meluaskan penggantungan import buah-buahan dan sayuran bagi meliputi wilayah Kanagawa, Tokyo dan Saitama.

"Cemaran radioaktif telah dikesan pada dua sampel sayuran dari Jepun.

"Sampel yang tercemar diimport dari wilayah Kanagawa dan Tokyo," kata lembaga itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya, Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja, dan Kebajikan Jepun, melaporkan pengesanan cemaran radioaktif yang tinggi juga pada beberapa sayuran dari Saitama.

Ini bermakna seluruh Daerah Kanto Jepun sekarang disekat dari mengeksport buah-buahan dan sayuran ke Singapura selepas AVA sebelum ini menggantung import dari Ibaraki, Tochigi, Gunma dan Chiba dalam daerah itu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain