suria

Putera William Akan Lawat New Zealand Dan Australia

LONDON: Putera William akan menjelajah ke New Zealand dan Australia minggu depan bagi mempamerkan sokongan keluarga diraja itu di kawasan yang dilanda bencana alam, baru-baru ini, kata pegawai istana, pada Selasa.

William melawat bagi pihak Ratu Elizabeth II untuk bertemu penduduk yang dilanda gempa bumi di New Zealand dan banjir di Australia.

Lawatan atas undangan daripada kedua-dua Perdana Menteri negara berkenaan, William akan mengadakan pertemuan dengan perkhidmatan kecemasan dan kumpulan sokongan lain, pejabat putera berkenaan, Clarence House, kata kenyataan.

Tempat persinggahan pertama putera itu ialah di Christchurch pada 17 Mac, tempat kejadian gempa bumi berukuran 6.3 magnitud bulan lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 166 orang, dianggap antara bencana alam terburuk di negara berkenaan.

Putera William akan melawat bandar Greymouth, tempat di mana 29 orang terkorban termasuk dua warga Britain yang maut dalam letupan di sebuah lombong.

Pada 19 Mac, William akan berkunjung ke Queensland, Australia bagi menghabiskan masa dua hari melawat bandar dan kawasan yang terjejas akibat ribut dan banjir.

Selepas itu, putera berkenaan akan melawat Victoria, kata Clarence House. -AP

Artikel Lain