suria

18 Terbunuh Dalam Pertembungan Antara Dua Geng Pengedar Dadah

NUEVO LAREDO (Mexico): lapan belas orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembak menembak di antara dua geng penjenayah di negeri Tamaulipas di sini semalam.

Lebih 34,600 orang telah terbunuh atau menjadi mangsa korban keganasan di antara kumpulan penjenayah sesama penjenayah dan penjenayah dengan pihak berkuasa sejak Presiden Mexico, Felipe Calderon melancarkan gerakan besar-besaran memerangi jenayah berkaitan dengan dadah pada tahun 2006.

Pada Isnin, pertempuran di antara dua kumpulan penjenayah di bandar Abasolo dekat sini yang menyaksikan 18 orang terbunuh kata Kerajaan Negeri Tamaulipas dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasminya.

Tamaulipas, adalah merupakan negeri yang bersempadan dengan Amerika Syarikat dan yang paling banyak terjejas akibat keganasan berkaitan dadah yang merupakan masalah paling besar di Mexico.

Ogos tahun lalu, pihak berkuasa di negeri Tamaulipas telah menemui 72 mayat yang disyaki buruh asing yang dibunuh beramai-ramai sebelum ditanam berhampiran sebuah ladang.

Artikel Berikut

Artikel Lain