suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Letupan Stesen Gas Di Punjab Pakistan Meningkat 20 Orang

ISLAMABAD: Angka kematian akibat letupan pada sebuah stesen gas CNG di wilayah Punjab kini telah meningkat kepada 20 orang - iaitu tragedi terburuk bagi Pakistan pada tahun ini.

Sebelum itu, laporan awal menyebut kejadian tersebut telah menyebabkan 17 orang terbunuh dan mencederakan lebih 75 orang lagi.

Bagaimanapun dalam laporan yang baru diterima pada jam 3.50 petang Selasa, jumlah yang tercedera juga telah meningkat kepada 127 orang.

Punca letupan itu bagaimanapun masih belum diketahui.

Pesuruhjaya Bandar Faisalabad iaitu bandar yang popular kerana produk tekstilnya yang terletak hampir dengan tempat kejadian mengesahkan letupan tersebut.

"Ya kami telah mengeluarkan 13 mayat mangsa letupan itu pada awal pagi ini," kata Pesuruhjaya Tahir Husain kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Artikel Berikut

Artikel Lain