suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaddafi Beri Amaran Kepada Barat

TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi memberi amaran keras agar negara Barat agar jangan mencampuri hal ehwal negaranya.

Beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Greece, George Papandreou yang dipetik agensi berita Jana. “Greece adalah rakan Libya dan mereka boleh menyampaikan nasihat ini kepada Kesatuan Eropah (EU)," katanya.

Gaddafi dilaporkan menghubungi sendiri Papandreou dengan memberi amaran sebarang keganasan yang berlaku di Libya sehingga menggugat keselamatan dan kestabilan akan memberi kesan kepada keamanan di negara utara Afrikan, negara Mediterranean dan Eropah.

Amaran itu susulan keputusan NATO dan EU untuk mengadakan rundingan dengan negara di utara Afrika bagi mencari jalan penyelesaian menghadapi rejim Gaddafi di Brussels, esok dan Jumaat ini. -AFP

Artikel Lain