suria

4 Cedera Polis Lepas Tembakan di Yaman

SANAA: Empat cedera apabila polis Yaman melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang cuba mengadakan bantahan terhadap pemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh do Sanaa University, pada Selasa.

Sebelum itu, polis melepaskan gas pemedih mata bagi mengawal keadaan selepas penunjuk perasaan semakin ramai dan cuba membina khemah sementara di sekitar kawasan berkenaan. Sementara itu, rusuhan turut berlaku antara penunjuk perasaan dan polis di selatan Yaman dengan seorang anggota polis dilaporkan cedera.

Keadaan itu berlaku selepas beratus pelajar sekolah berkumpul di sepanjang jalan ke Bandar Ataq di Wilayah Shabwa, hari ketiga berturut-turut tunjuk perasaan diadakan bagi menuntut pengunduran presiden negara itu. -AFP

Artikel Lain