suria

Bekas PM Turki Meninggal Dunia

BEKAS Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, 85, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad, lapor agensi berita Anatolia.

Erbakan yang menjadi pemimpin berhaluan Islam pertama Turki dalam tempoh empat dekad lalu pernah dilantik semula sebagai ketua berhaluan kiri Islam, Parti Saadet pada Oktober.

Beliau berkhidmat hampir setahun sebagai Perdana Menteri sebelum mendapat tekanan pihak tentera Turki yang berhaluan sekular untuk meletak jawatan pada 1997.

Pada Januari 1998, Mahkamah Perlembagaan telah mengharamkan Parti Kebajikan dan Parti Virtue (2001) kerana mencabuli prinsip sekular dalam Perlembagaan dan mengharamkan beberapa anggotanya, termasuk Necmittin selama lima tahun daripada politik.

Erbakan pernah menjalani hukuman penjara selama dua tahun empat bulan pada 2002 atas tuduhan menggelapkan wang.

Tempoh hukuman Erbakan itu terpaksa ditangguhkan ekoran masalah kesihatan dan dia terpaksa menjalani hukuman tahanan dalam rumah pada 2008.

Erbakan yang merupakan profesor dalam kejuruteraan mekanikal akan dikebumikan di Istanbul pada 1 Mac ini.

Artikel Sebelum

Bekas PM Turki Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain