suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Berjaya Patahkan Lebih 33,000 Kes Penyeludupan

SINGAPURA: Pihak berkuasa sempadan Singapura menggagalkan sejumlah 33,100 kes penyeludupan barangan gelap dan menahan seramai 2,077 pesalah imigresen dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata kejayaan tersebut adalah disebabkan pemeriksaan ketat di semua pintu masuk ke negara itu dan langkah penguatkuasaan berterusan.

Dalam laporan pertengahan tahunnya yang dikeluarkan hari ini, ICA berkata jumlah kes penyeludupan barangan gelap dikesan di pintu masuk meningkat sebanyak 39 peratus tahun ini berbanding tahun lepas bagi tempoh sama.

Jenis barangan yang dikesan pula termasuk duti tidak berbayar, barangan keselamatan seperti cota, alat renjatan, buku lima, kelongsong peluru kosong, pisau lipat dan cakera haram, selain binatang serta burung.

Jumlah kes penyeludupan rokok pula meningkat kepada 13,300 iaitu 62 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah warga asing yang ditahan bagi kesalahan imigresen pula menyaksikan penurunan sebanyak 33 peratus daripada 3,111 pada tahun lepas kepada 2,077 tahun ini. -BERNAMA

Artikel Lain