suria

Polis Tahan Pembunuh Bersiri Perdaya Pesara

MOSCOW: Polis menahan suspek seorang wanita berkaitan pembunuhan bersiri ke atas 20 orang pesara di barat Siberia yang dipercayai memperdayakan mangsa dengan melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga, menurut laporan berita semalam.

Wanita berusia 39 tahun itu ditahan kelmarin hasil siasatan ke atas pembunuhan ke atas 20 orang pesara wanita dalam masa tujuh tahun lalu kata jurucakap polis Sverdlovsk, Valery Gorelykh dalam sebuah agensi berita ITAR-TASS.

Pembunuh dikatakan menawar diri untuk membantu mangsa menjalankan kerja-kerja rumah bagi menarik kepercayaan untuk memasuki rumah mereka dan memukul kepada mangsa lalu mencuri wang dan barangan berharga,” kata Gorelykh. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain