suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Itali Setuju Berpisah Dengan Isteri

ROM: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang terbabit dengan skandal seks tahun lalu, dan isterinya telah bersetuju untuk berpisah.

Akhbar Corriere della Sera dan beberapa media Itali lain melaporkan, Veronica Lario akan diberikan hak menggunakan vila mewah Macherio dan estet di Milan seumur hidup.

Lario juga mungkin akan menerima tawaran wang saraan sebanyak 3.6 juta euro (RM14.7 juta) setiap tahun, berbanding tuntutan awalnya yang tinggi.

Pejabat peguam kedua-dua pihak bagaimanapun enggan mengulas hubung laporan ini. – AP

Artikel Lain