suria

Enam Maut, 10 Polis Cedera Dalam Serangan

NARATHIWAT: Enam orang pemburu termasuk tiga bersaudara terbunuh dan 10 anggota polis cedera dalam dua kejadian serangan berasingan di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Bachok, Kolonel Polis Sanit Suwanno berkata, kumpulan pemburu itu ditembak dengan raifal jenis M-16 dan AK-47 oleh antara lima dan enam penyerang di Kampung Badung, Bachok, di sini pada kira-kira pukul 4 petang tadi.

Menurutnya, pemburu yang terkorban dalam insiden itu dikenali sebagai Naidamron Thonjinda, Naisukon Keawsam-arn, Naikampol Peraikeaw dan tiga adik-beradik lelaki Naitanoo Sensidaen, Nainiipong dan Naisamai.

Katanya, sepasukan 14 anggota polis dalam satu trak dan dua motosikal berkejar ke tempat kejadian dan satu kilometer sebelum sampai, pasukan polis itu terkena bom buatan sendiri seberat 15kg yang ditanam jalan di kawasan ladang getah.

Sanit berkata, 10 anggota polis yang menaiki trak mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Bachok manakala empat anggota polis yang menunggang motosikal terselamat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain