suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Delegasi Dewan Negara Lawat China

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng akan mengetuai delegasi lima orang ke China selama empat hari mulai Selasa ini bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Anggota rombongan lain terdiri daripada Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman, Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin, Senator Lee Chiam Choon dan Senator Dr M. Malasingam.

Menurut kenyataan Dewan Negara, kunjungan tersebut adalah bagi membalas kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin ke Malaysia pada Mac 2006.

Kunjungan ke China itu juga berupa susulan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara tersebut pada Jun tahun lepas dan lawatan rasmi Presiden China, Hu Jintao ke Malaysia pada November tahun lepas.

Semasa lawatan tersebut, Wong turut dijadual bertemu Naib Presiden Kongres Kebangsaan Rakyat, Wang Zhaoguo yang sebelum ini turut melawat Malaysia, serta mengadakan perjumpaan tidak formal dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar CPPCC. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Pilihan Raya Britain 6 Mei

Artikel Berikut

Artikel Lain