suria

Hafiz Ambil Alih Pejabat Tourism Malaysia Di Melbourne

MELBOURNE: Mohd Hafiz Hashim telah mengambil alih tugas sebagai Pengarah baharu Tourism Malaysia bagi Victoria dan Tasmania, yang berpangkalan di sini.

Beliau menggantikan Putra Hilmy Elias, yang pulang ke Kuala Lumpur pada 15 Mac di ibu pejabat Tourism Malaysia selepas berkhidmat selama lima tahun di Australia, yang pada mulanya di Sydney dan kemudiannya di Melbourne.

Hafiz berpengalaman di dalam bidang pemasaran dan konvensyen, yang akan menjadi aset utama untuk membantunya mengendali peruncit perjalanan dan pengembaraan Australia.

Beliau telah berkhidmat di Singapura dari April 2000 hingga Januari 2006 sebelum ke Sydney, di mana beliau diberi tanggung jawab mempromosikan MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pemeran) bagi pasaran Australia dan New Zealand.

Sebelum itu, Hafiz terlibat di dalam promosi MICE di Eropah, khususnya di IMEX Frankfurt dan EIBTM Barcelona. IMEX dan EIBTM adalah acara tahunan global bagi industri mesyuarat dan insentif.

Hafiz, yang telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata, berkata beliau sangat teruja ditukarkan ke Melbourne.

"Saya telah berada di Melbourne sejak sebulan lepas dan saya mendapati bandaraya ini cergas dan penduduknya ramah dan suka membantu," katanya.

"Saya merancang untuk menemui mereka yang terlibat di dalam industri pengembaraan pelancongan Australia dan mendengar pandangan dan idea mereka untuk meningkatkan pelancongan ke Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain