suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura Sumbang RM170 ribu Untuk Mangsa Gempa Di Chile

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menyumbang wang tunai US$50,000 (RM170,500) bagi membantu mangsa kejadian bencana gempa bumi di Chile.

Kementerian Luar Republik itu berkata wang berkenaan akan digunakan untuk membeli bekalan bantuan yang diminta oleh kerajaan Chile untuk membantu kehidupan mereka yang terjejas akibat gempa itu.

Menurutnya sumbangan itu akan disalurkan kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa melalui pertubuhan Palang Merah Singapura.

Kira-kira 80 peratus daripada kehidupan penduduk di negara Amerika Selatan itu terjejas akibat gempa bumi kuat berukuran 8.8 yang berlaku di luar pantai Chile Sabtu lepas.

Beberapa media memetik laporan badan kesihatan awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa di wilayah berkenaan semalam sebagai berkata jumlah korban akibat kejadian gempa dahsyat di negara itu sehingga kini berjumlah 723 orang. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain