suria

Duta Australia Ucap Selamat Tinggal Dengan Kenangan Indah

Selepas tiga tahun berkhidmat, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Penny Williams akan kembali ke Canberra pada akhir Mac ini.-Foto BERNAMA.
Selepas tiga tahun berkhidmat, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Penny Williams akan kembali ke Canberra pada akhir Mac ini.-Foto BERNAMA.
Selepas tiga tahun berkhidmat, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Penny Williams akan kembali ke Canberra pada akhir Mac ini.-Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Dengan tugasannya di Malaysia yang akan tamat tidak lama lagi, Pesuruhjaya Tinggi Australia Penny Williams dapat menggambarkan kepuasannya mengenai hubungan yang kukuh dan mekar antara kedua buah negara.

Hubungan dua hala yang melangkah satu dimesi baru dan memberi faedah kepada negara ketiga itu menjangkau dalam bidang dagang, pelaburan, pendidikan, pertahanan dan dan spektrum sosio-budaya.

"Saya amat gembira dengan apa yang dicapai oleh kedua buah negara..gembira dengan apa yang kami lakukan dengan Afghanistan dan saya fikir asasnya telah ditetapkan bagi kita untuk menjalin lebih banyak kerjasama," kata Williams yang akan pulang ke Canberra akhir Mac ini selepas tiga tahun berkhidmat.

Atas dorongan hubungan yang telah lama terjalin dalam pendidikan terutama dalam latihan perguruan, Australia dan Malaysia bersama-sama membawa 30 guru dari Afghanistan untuk latihan di sini.

Sejumlah 30 orang lagi akan dilatih dalam pusingan kedua dalam Projek Pendidikan Malaysia-Australia bagi Afghanistan (MAEPA).

"Saya juga amat gembira bahawa kami akan bagi mengembangkan hubungan pendidikan untuk memasukkan sekolah-sekolah dan bukan sahaja universiti," kata Williams dalam satu temubual di Suruhanjaya Tinggi itu di Jalan Yap Kwan Seng, tidak jauh daripada Menara Berlembar Petronas yang merupakan satu ikon.

Dua belas sekolah di Malaysia dan Australia telah dipilih untuk sekolah berkembar dengan jumlahnya dijangka meningkat kepada 24.

Beliau bercakap dengan begitu bersemangat mengenai keinginannya untuk melihat lebih ramai rakyat Australia menuntut di Malaysia dan dalam masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia menuntut di Australia.

Kira-kira dua hari lalu, Williams menjadi hos bagi satu majlis untuk sekumpulan 17 cendikiawan dan profesional rakyat Malaysia yang akan melanjutkan pengajian dan pembangunan profesional di Australia tahun ini.

"Pendidikan sentiasa mendapat perhatian dalam hubungan dua hala Australia-Malaysia.

"Melalui pendidikan, rakyat Malaysia dan Australia dapat mengenali antara satu dengan yang lain secara lebih baik dan mengeratkan hubungan antara kedua buah negara.

Tahun lepas, kira-kira 260 rakyat Australia mengambil peluang untuk datang ke Malaysia bagi mengikuti pengajian satu semester, mengikuti latihan atau mendapatkan pengalaman kerja jangka pendek.

Sejumlah 22,933 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Australia.

Bidang utama pengajian merupakan dalam bidang pengurusan dan perniagaan, kejuruteraan dan kesihatan.

"Satu lagi bahagian penting dalam hubungan dua hala ini ialah kerjasama pertahanan dan kami telah mengembangkan kerjasama untuk memasukkan sebuah negara ketiga," kata Williams.

"Menjelang akhir tahun lepas, Australia dan Malaysia menyediakan latihan pengamanan kepada Papua New Guinea dan ia akan diteruskan dengan negara-negara lain," katanya.

Beliau memilih sukan sebagai satu bidang yang akan dikembangkan melalui kerjasama dua hala itu. -BERNAMA

Artikel Lain