suria

Perlumbaan Akhir F1 Di Abu Dhabi Pada 2010

DUBAI: Ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi, akan menjadi pentas perlumbaan akhir Formula One (F1) pada 2010.

Litar Yas Marina di Abu Dhabi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan F1 pertama di UAE November lepas, yang juga merupakan gelanggang perlumbaan akhir musim 2009.

"Kami mahu perlumbaan akhir musim kerana ia sentiasa memberikan suasana pertandingan akhir, tanpa mengira juara telah ditentukan," kata The National yang memetik Mohammed ben Sulayem, yang juga naib presiden untuk sukan di Federation Internationale de L'Automobile (FIA).

Akhbar harian itu berkata Majlis Sukan Bermotor Dunia mengesahkan Abu Dhabi akan menjadi venue kepada perlumbaan akhir musim depan yang dijadual bermula di Bahrain pada 14 Mac. Perlumbaan di Abu Dhabi dijadual pada 14 November 2010. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain