suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Ibu dirogol depan dua anak, telefon bimbit dicuri

Seorang wanita menjadi mangsa rogol dalam kejadian di rumahnya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita menjadi mangsa rogol di hadapan dua anak kecilnya di sebuah rumah dalam satu kejadian pada Isnin.

Ketika kejadian, mangsa berusia 32 tahun berada di rumah dan sedang meluangkan masa bermain dengan anak-anaknya.

Insiden berlaku di Pematang Reba, Rengat Barat di Indragiri Hulu (Inhu), Riau, Indonesia.

Ketua Polis Inhu, AKBP Fahrian Saleh Siregar berkata, mangsa membuat laporan selepas dirogol suspek di rumahnya.

"Mangsa berada di rumah bersama dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun ketika suspek memecah masuk melalui tingkap di belakang rumah.

"Suspek mengacu pisau dan memaksa mangsa masuk ke dalam bilik sebelum merogolnya," katanya pada Selasa.

Fahrian berkata, mangsa bukan sahaja dirogol, malah telefon bimbitnya juga dicuri suspek yang kemudian melarikan diri.

Susulan itu, suspek yang merupakan lelaki berusia 28 tahun ditahan polis dalam tempoh kurang tiga jam.

Siasatan sedang dijalankan dan suspek berdepan dengan tuduhan di bawah Perkara 285 Kanun Jenayah berhubung rogol, yang membawa hukuman penjara maksimum 12 tahun jika sabit kesalahan. -Agensi

 

 

 

 

 

 

Artikel Lain