SEORANG nenek berusia 64 tahun mengalami kecederaan di paha kiri akibat terkena peluru sesat ketika bermain dengan cucunya di hadapan rumahnya.
Insiden berlaku pada petang Isnin ketika hujan lebat melanda kawasan Istana Tidar Regency, Jember, di Indonesia.
Ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Bambang, memaklumkan bahawa dia menerima berita mengenai kejadian itu pada waktu malam selepas solat tarawih.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat projektil peluru di pahanya.
Difahamkan, peluru tersebut mengenai tulang menyebabkan mangsa memerlukan pembedahan segera.
Setakat ini, asal-usul peluru tersebut masih belum diketahui, dan keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dengan bantuan pasukan forensik bagi mengenal pasti punca kejadian. -Agensi


