suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana mahu jadi Superman, Popeye Rusia berdepan risiko mati

DOKTOR bertugas sedang memeriksa tangan Kirill Tereshin. — Agensi

SEORANG bekas tentera Rusia, Kirill Tereshin berdepan dengan risiko maut sekiranya tidak mengeluarkan gumpalan jeli di bisepsnya.

Tereshin, 25, yang digelar Popeye Rusia sebelum ini melakukan suntikan bagi menunjukkan dirinya seperti watak Superman namun jelas tindakannya itu terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal apabila berkemungkinan hilang lengan.

Ketika ini, Tereshin melakukan pembedahan pertama untuk membuang implan palsu berkenaan namun doktor bertugas, Dmitry Melnikov memberikan amaran yang risikonya cukup tinggi.

“Risiko komplikasi cukup tinggi. Namun jika tidak bertindak, ia juga tidak akan membantu pesakit,” kata Melnikov.

“Bahan toksik dalam badannya boleh beri komplikasi kepada buah pinggang dan boleh mengakibatkan kematian.”

Menerusi satu video menunjukkan Tereshin sedang melakukan imbasan di Moscow.

“Saya akan berdepan komplikasi. Saya tidak tahu bagaimana ia akan berakhir,” kata Tereshin yang terpaksa menanggung risiko ini akibat perbuatan sendiri.

“Saya ‘membina’ tangan saya ketika berusia 20 tahun kerana kebodohan saya sendiri. Saya langsung tidak memikirkan kesannya.” – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain