suria

Pelbagai kaum boleh bawa rakan, keluarga nikmati Yee Sang halal di Red by Sirocco

Yee Sang halal boleh dinikmati oleh pelbagai kaum sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Foto AZLINA ABDULLAH

JAMUAN Yusheng atau disebut sebagai Yee Sang antara amalan tradisi setiap kali tibanya Tahun Baru Cina sebagai simbolik kepada kemakmuran, 'tuah' dan kebahagian menyambut perayaan itu bagi kaum Tionghoa.

Saat paling ditunggu-tunggu sudah tentu apabila Yee Sang dilambung dan digaul atau disebut sebagai 'Lo Hei' bersama saudara-mara serta kenalan yang berkumpul mengelilingi meja.

Setiap cebisan ramuan yang dihidangkan dalam pinggan akan dilambung ke udara dengan penyepit sambil melaungkan ucapan berbentuk positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Keju meleleh pizza 'jangok' Mek Ani bikin tak keruan

Seiring dengan perubahan waktu, hidangan itu bukan sahaja dinikmati oleh kaum Cina malah sering disertai oleh pelbagai kaum di Malaysia bagi sama-sama merasai keunikan Yee Sang.

Rebut peluang raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga dan rakan sekerja di Red by Sirocco.

Menyedari kepentingan menjaga keharmonian dan ukhwah pelbagai kaum di Malaysia,  Red by Sirocco mempelawa orang ramai ke hotel berkenaan untuk sama-sama meraikan kemeriahan Tahun Baharu Cina.

Ini peluang terbaik untuk rakan atau ketua jabatan berbangsa Melayu atau India meraikan sahabat mereka daripada kaum Cina bagi menikmati Yee Sang istimewa yang disediakan di Red by Sirocco.

Dalam masa yang sama ia adalah peluang terbaik untuk semua orang berkumpul tidak mengira bangsa atau agama, duduk semeja menikmati Yee Sang sebagai sebuah keluarga besar dalam usaha mengeratkan silaturahim.

Bagi tujuan itu, apa kata raikan Tahun Baharu Cina di Red by Sirocco untuk hidangan Yee Sang bersama menu direka khas bertemakan cinta dengan pelbagai ramuan seperti ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, parsli cina, kacang tanah, keropok udang berserta sos plum masam dan manis.

Yee Sang simbolik kepada kemakmuran, 'tuah' dan kebahagian.

Raikan kenalan atau rakan sepejabat untuk makan malam reunion yang menjadi tradisi penting kaum Cina.

Red by Sirocco turut menyediakan menu istimewa sehingga 8 Februari depan.

Cef berpengalaman di hotel berkenaan menjanjikan sajian menyelerakan sambil tetamu boleh menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur dari luar tingkap Grand Sky Ballroom yang cukup mempesonakan.

Menunya sudah tentu gabungan tradisional dengan sentuhan magis cef yang dipilih bersesuaian dengan mesej positif iaitu kesihatan, kekayaan dan kebahagian memasuki tahun yang baharu.

Pelanggan juga boleh memilih di antara Rainbow Yee Sang atau pun Rainbow Fruity Yee Sang sebagai pembuka selera.

Raikan Tahun Baharu Cina di Grand Ballroom Red by Sirocco dengan pembandangan indah Kuala Lumpur.

Selain itu ia akan dihidangkan dengan Four Happiness Platter dan Double Boiled Soup with Scallop bagi melengkapkan sajian pembuka selera.

Bagi penggemar makanan laut, Maw Ikan, See Cucumber & Mushroon, Crystal Prawn Salad menjanjikan kepuasan anda.

Itu belum lagi keenakan Smoked Duck Breast Warp, Seafood Roll dan Chicken Corn Fed Steamed with Chinese Herb yang cukup menyelerakan.

Jika tidak puas, jangan bimbang menu ini ditambah lagi sajian mewah yang melambangkan kekayaan seperti Karier Giant Live Steamed with Superior Sauce, Wrapped Prawn with Soy Sauce, Slice Abalone with Mushroom and Brocolli serta Garlic Fried Rice.

Paling penting semua menu adalah berdasarkan keperluan masyarakat Cina Islam di Malaysia dan sudah tentu pilihannya adalah halal.

Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dirasai oleh semua masyarakat Malaysia. 

Tawaran istimewa

Harga yang ditawarkan untuk jamuan ini serendah RM988++ (early bird) bagi 10 orang untuk setiap meja (Harga biasa RM1,288++ setiap meja 10 orang) atau RM1,288++ setiap meja untuk 10 orang (Harga biasa RM1,588).

Harga promosi early bird yang ditawarkan di Red by Sirocco sah sehingga 23 Januari 2020 bagi tempahan dari 8 Januari 2020 hingga 8 Febuari 2020.

Dengan pembelian minimum 20 meja, anda akan mendapat pelbagai faedah termasuk tajaan sebuah bilik bersama sarapan bernilai RM260++ untuk pembelian minimum 20 buah meja berserta dua tempat letak kereta valet secara percuma.

Pelanggan juga akan menikmati potongan 18 peratus sewa Grand Sky Ballroom (Level 23), potongan 18 peratus makan malam di Rouge Club (Level 25), potongan 18 peratus promosi Ramdan (Level 25), potongan 18 peratus hidangan di Barnana Leaf (Ground Floor) dan potongan 28 peratus di The Rub Bar (Ground Floor).

Bagi pemegang kad AirAsia BIG dan kad kredit AirAsia, anda turut berpeluang mendapat 8,8888 mata ganjaran serta set minum petang.

Apa lagi? Boleh rancang aktiviti bersama teman atau keluarga sempena Tahun Baharu Cina ini di Red By Sirocco hubungi Jonathan di 03-2603 1133 atau emel [email protected].

Artikel Lain