Tiga Beregu Malaysia Mara Ke Suku Akhir Beregu Campuran GP Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 8 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Tiga pasangan beregu Malaysia, pilihan keempat Chan Peng Soon/Goh Liu Ying; pilihan kelapan Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei; dan Ong Jian Guo/Chong Sook Chin melangkah ke suku akhir dalam acara beregu campuran Kejohanan Badminton Grand Prix Terbuka Malaysia di sini, Khamis.

Peng Soon dan Liu Ying menang 21-19, 14-21, 21-13 ke atas rakan senegara Lim Khim Wah/Lim Yin Loo untuk bertemu Devin Lahardi Fitriawan/Liliyana Natsir dari Indonesia.

Devin dan Liliyana menang 21-3, 17-21, 21-12, ke atas Flandi Limpele (Indonesia)/Lotte Jonathans (Belanda).

Wee Kiong/Khe Wei yang menang 21-15, 11-21, 21-16 ke atas rakan senegara Mohd Razif Abdul Latif/Marylen Ng Poau Leng akan berdepan pilihan ketiga Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand, yang mengetepikan Mochamad Rizki Delynugraha/Richi Puspita Dili dari Thailand 21-16, 21-17.

Jian Guo/Sook Chin pula yang menang 21-17 21-6 ke atas rakan senegara Yeoh Kay Bin yang bergandingan dengan Karyn Cecilia Velez dari Amerika Syarikat, akan ditentang pilihan ketujuh dari Jepun Shintaro Ikeda/Reiko Shiota yang mengalahkan Irfan Fadhilah/Weni Anggraini dari Indonesia 21-18, 21-16.

Pilihan utama Hendra Aprida Gunawan/Vita Marissa dari Indonesia yang mengalahkan gandingan dari Malaysia Ow Yao Han/Lai Pei Jing 21-11, 21-12, akan bertemu rakan senegara mereka Markis Kido/Lita Nurlita yang menang 21-17 21-18 ke atas satu lagi gandingan dari Malaysia Gan Teik Chai/Ng Hui Lin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan