suria

30 Juta Pound Untuk Bawa Masuk Fabiano

MANCHESTER United terpaksa mengeluarkan bidaan bernilai 30 juta pound (RM145.43 juta) jika mahu mendapatkan khidmat penyerang Luis Fabiano (gambar), lapor The Mirror.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan tiga gol untuk Brazil pada aksi Piala Dunia sebelum mereka tewas kepada Belanda di suku akhir.

Menurut Fabiano, dia mengimpikan peluang untuk bergandingan dengan penyerang United, Wayne Rooney sebelum mengeluarkan kenyataan bahawa dia gembira kekal di Sevilla.

Walaupun kontrak Fabiano masih berbaki setahun, Presiden Sevilla Jose Maria del Nido memberitahu hanya tawaran besar akan membolehkan kelab itu mempertimbangkan untuk menjual Fabiano.

"Saya boleh melihat Fabiano akan kekal di sini. Setakat ini tiada apa-apa tawaran diterima tetapi kami tidak akan menolak bidaan lumayan," katanya.

Fabiano meledak 21 gol dalam 34 penampilan bersama Sevilla musim lalu sekali gus menjadikan jumlah aksinya setakat ini kepada 94 daripada 190 perlawanan sejak berhijrah dari Porto pada 2005.

Artikel Lain