suria

Bola Sepak: CEO AirAsia nafi ingin beli Newcastle

KUALA LUMPUR: Ketua pegawai eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes menafikan syarikat penerbangan tambang murah itu berminat membeli kelab bola sepak Inggeris, Newcastle United.

Ketika dihubungi, Tony Fernandes berkata: "Kami tidak, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sebahagian daripada konsortium dari Malaysia yang berminat untuk membeli Newscastle United. Kami menafikan sebarang penglibatkan atau seumpamanya".

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan AirAsia mengesahkan sedang dalam rundingan menjadi pemegang saham terbesar Newcastle United.

Akhbar itu yang memetik sumber dalaman AirAsia yang tidak dinamakan sebagai mendakwa Tony berminat membeli kelab bola sepak British.

Media British pada Jumaat melaporkan satu konsortium Malaysia yang diterajui beberapa ahli perniagaan ternama mengemukakan tawaran 80 juta (RM456 juta) untuk membeli Newscastle atau 'The Magpies' daripada pemiliknya Mike Ashley. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain