suria

Covid-19: Dua beranak rakyat Malaysia dibenarkan pulang

Kakitangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) turut membantu sebahagian pesakit di bawah pengawasan (PUI) ketika proses keluar dari Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai, Negeri Sembilan pada Selasa. Foto Bernama

DUA beranak rakyat Malaysia yang disahkan positif dijangkiti koronavirus (Covid-19), dibenarkan pulang ke rumah bersama 105 lagi rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China menerusi misi bantuan kemanusiaan.

Kedua-dua mereka merupakan seorang bapa dan seorang anak lelaki, yang dirawat untuk isolasi di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Selasa selepas dikuarantin selama 14 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Rakyat Malaysia dari Wuhan dibenar keluar dari pusat pemantauan selepas kuarantin

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Dua rakyat Malaysia positif kini terima rawatan di Jepun

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua 107 orang diisytiharkan bebas Covid-19 selepas mengulangi pemeriksaan yang dijalankan, dan keputusan didapati negatif.

"Bapa dan anak lelaki telah menjalani ujian pengulangan dam dua kali pemeriksaan didapati negatif.

"Kementerian Kesihatan mengucapkan syabas kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan kemanusiaan ini," kata Dr Dzulkefly pada sidang media di Putrajaya.

Dr Dzulkefly bagaimanapun berkata, seorang individu masih berada di wad untuk masalah kesihatan yang tidak berkaitan.

Bapa berusia 45 tahun dan anak lelakinya yang berumur sembilan tahun diperiksa semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Februari lalu.

Bagaimanapun, pemeriksaan itu kemudian didapati positif dan kedua-dua mereka dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kesemua rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China dikuarantin di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (Akept) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan selama 14 hari. - The Star

Covid-19, koronavirus

Artikel Lain