suria

Pejabat Ebit Lew dipecah masuk, perompak sempat tinggalkan nota “Ampun ya pak, saya terpaksa”

Nota yang ditinggalakn oleh penjenayah yang memecah masuk pejabat penceramah bebas, Ebit Lew. Foto: Facebook Ebit Lew

NOTA bertulis “Ampun ya Pak, saya terpaksa” sempat ditinggalkan oleh penjenayah di atas meja selepas memecah masuk pejabat penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew di Bandar Baru Bangi, pada Isnin, yang melibatkan kerugian kira-kira RM50,000.

Pendakwah terkenal itu menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan telah kehilangan dua unit komputer riba, kamera, telefon bimbit serta wang tunai; yang dilarikan penjenayah dalam kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda India sebak dipeluk Ebit Lew, akui ia malam terindah dalam hidupnya - “Sedih... dah 6 tahun tak jumpa anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit kongsi 3 petua buat mualaf bimbing insan tersayang - “Depan mereka saya buat-buat tabah, dalam kereta saya menangis”

“Office saya kena pecah..sedihnya. Ya Allah terkejut, sebelum ceramah di Penjara Perlis dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah.

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat di sebalik semuanya,” katanya dalam status yang dimuat naik menerusi laman sosial itu selain beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan pejabatnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 8.59 pagi Isnin oleh kakitangan yang bertugas di pejabat berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal dan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, suspek dipercayai memecah masuk pejabat berkenaan dengan memanjat bangunan dari belakang pejabat yang terletak di tingkat dua itu pada pukul 5.30 pagi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Affiq Shahmey Ahmad Akhir dengan menelefon 013-2490964 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Ebit Lew, pecah masuk, nota

Artikel Lain