suria

Malu pakai baju raya sendat tak ikut fitting? BOS Boutique pilihan orang badan gempal, seluar dalam 6XL pun ada!

Orang berbadan gempal juga boleh berfesyen mengikut kesesuaian pakaian.

TIBANYA hari lebaran, antara perkara yang menjadi tumpuan adalah pakaian yang bakal digayakan di hadapan sanak saudara dan sahabat handai.

Tatkala rata-rata kaum Adam dan Hawa memperagakan baju Melayu dan busana yang bergemerlapan, ada juga yang hanya mampu berputih mata melihat dari kejauhan.

Satu realiti pahit, mereka yang berbadan gempal sering menghadapi kesukaran untuk mencari pakaian yang sepadan dengan saiz tubuh mereka ketika membeli-belah di gedung fabrik.

Pemilihan pakaian kerap menjadi kegelisahan untuk mereka yang berbadan gempal.

Oleh itu, mereka akan beralih kepada tempahan secara khas di butik-butik bagi mendapatkan pakaian yang boleh disarung di tubuh badan dengan selesa.

Namun begitu, tempahan ini biasanya akan memakan masa yang lama untuk disiapkan dan menelan perbelanjaan besar sehingga menyebabkan ia menjadi bebanan tambahan.

Kini mereka yang berbadan besar tidak perlu lagi risau kerana BOS Boutique ada menyediakan solusi pakaian kepada kelompok ini.

Faktor saiz badan tidak patut dijadikan penghalang untuk seseorang itu bergaya.

Pereka grafik untuk BOS Boutique, Shaiful Azri, 38, berkata segala keperluan pakaian daripada hujung rambut ke hujung kaki ada disediakan di sini khusus untuk mereka yang berbadan gempal.

"BOS Boutique adalah one stop centre untuk mereka yang memerlukan pakaian plus size. Semua jenis baju untuk sebarang jenis occasion boleh didapati di sini.

"Untuk pergi pejabat, bersukan, bercuti atau kenduri kahwin semuanya ada di sini. Bagi orang berbadan besar, apabila datang ke kedai kami mereka akan cakap ini adalah ibarat syurga buat mereka.

Koleksi set pakaian rasmi.

"Kalau kita pergi ke pusat membeli-belah terkemuka, semuanya ada di sana kecuali pakaian untuk mereka yang berbadan gempal.

"Di BOS Boutique, daripada underwear sehinggalah ke blazer untuk perjumpaan rasmi, semuanya ada tersedia untuk golongan ini. Boleh walk-in, lihat, cuba dan terus beli, tidak perlu tempahan," kata Shaiful.

Seluar dalam bersaiz 5XL turut dijual.

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang kian hampir, BOS Boutique menampilkan koleksi 12 baju Melayu baharu yang direka bentuk khas untuk mereka yang berbadan besar.

"Baju Melayu yang dijual di sini ada dua iaitu Cekak Musang dan Teluk Belanga, enam jenis warna untuk setiap satu. Jumlah kesemuanya ada 12.

"Pakaian di sini menggunakan piawaian saiz Eropah dan Amerika Syarikat iaitu bermula daripada 0XL hingga 6XL. Pastinya muat walaupun untuk sebesar-besar manusia.

Antara koleksi baju Melayu.

"Kami di juga sangat mementingkan material yang digunakan untuk pakaian kami. Untuk baju Melayu kami gunakan bahan microfibre berbanding polyester yang biasanya menjadi pilihan.

"Bahan microfibre ini akan membenarkan pengaliran udara yang lebih baik, rasa lebih selesa ketika dipakai dan yang paling penting ia tidak melekat pada tubuh apabila berpeluh," kata Shaiful.

Antara pilihan pakaian yang bertepatan dengan cita rasa generasi milenial.

Kata Shaiful lagi, butik itu juga menjamin perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan akan membantu pengunjung mencari pakaian yang sesuai dengan mereka.

"Saya teringat satu kisah ni, ada seorang individu yang berbadan gempal nak beli baju daripada kedai pakaian yang agak branded. Malangnya promoter itu memberikan satu pandangan yang menjengkelkan

"Satu pandangan yang seolah-olah nak beritahu di sini tak ada saiz untuk awak dan jangan buang masa untuk cuba pakaian. Tapi jangan risau, di butik kami pelanggan akan dibantu satu-persatu.

Kemeja kasual juga sesuai untuk mereka yang berbadan gempal.

"Promoter kami berpengalaman, tengok bentuk badan dari jauh sahaja dah boleh tahu saiz apa patut dipilih. Mereka akan advice dan cadangkan apa yang terbaik.

"Setakat ini masih belum ada full set dengan seluar, jadi promoter kami akan suggest seperti seluar slack yang bersesuaian untuk dipasangkan dengan baju Melayu itu," ujar Shaiful.

Pakaian jenis hoodie juga ada di butik ini.

Shaiful memberitahu butik itu sudah mengukir nama selama hampir dua dekad lamanya bermula dari tahun 2000 dan memahami mimpi ngeri yang dihadapi mereka yang berbadan gempal ketika membeli pakaian.

"Selalunya mereka yang berbadan besar ini apabila masuk kedai baju, mereka akan terus minta the largest size available dengan harapan mereka akan muat. Jauh di sudut hati, mereka juga mahu membeli-belah baju seperti orang biasa.

Pakaian jenis denim.

"Di sini kami merealisasikan impian ini. Mereka boleh datang shopping baju tanpa rasa segan. Kualiti kami terjamin dan design kami juga mengikut trend serta berjiwa orang muda.

"Bercakap mengenai kualiti, saya ada terjumpa seorang lelaki ini yang masih memakai baju kami selepas 15 tahun dibeli. Agak mengejutkan yang warna bajunya masih belum luntur.

"Ia menunjukkan standard kualiti pakaian kami bukannya calang-calang," kata Shaiful menoktahkan biacara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain